Saturday, October 6, 2012

Sustained Release Vita-C **Hot Item**

Hari ni aku nak share info pasal Vitamin C SHAKLEE.. kalau bercakap pasal Vitamin C mesti ramai antara kita yang pandang remeh pasal ni.. Aku pun dulu macam tu, tapi semenjak tengok perubahan kesihatan en.Suami selepas menjadikan Vitamin C sebagai supplement harian, aku mula buka mata terhadap Vitamin C ni.. Apa yang membezakan Vitamin C SHAKLEE dengan brand yang lain adalah SUSTAINED RELEASE.. teruskan membaca untuk tahu apa yang dimaksudkan dengan SUSTAINED RELEASE & Fungsi Vitamin C untuk tubuh kita..
Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh
  • ANTIOKSIDAN
    • Diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH
    • Terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS
    • Arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN
    • Kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – Meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN
    • Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh
Kesan Kekurangan Vitamin C
  • Luka lambat sembuh
  • Gusi mudah luka dan berdarah
  • Kelesuan melampau
  • Sakit sendi
  • Mudah diserang selesema
  • Stress
  • Kulit kering

Interaksi Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

Interaksi Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.
Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…
  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita

2 comments:

azira said...

shaklee mmg terbaek!!! aku penah amik 'joint health' - sakit tulang punggung

Adeq Nuri said...

Yess.. of course.. Kalo nk order boleh order ngan aku eh.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...