Sunday, September 8, 2013

CoQ10 Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.

Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan  sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat


Berikut saya kongsikan petikan artikal dari Dr Zubaidi dalam artikelnya yang bertajuk CoQ10 Membantu Sperma Lelaki

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ”
Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit.

Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita.

Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana mereka serius dalam mencari ilmu.
Doktor, berikanlah petua cara membanyakkan sperma saya” soalan yang tiba-tiba muncul di wall FB saya.

Saya tergamam. Lebih-lebih lagi soalan itu di’tampal’ di wall saya berserta dengan gambar profile lelaki yang bertanya.
Saya menasihatkan mana-mana rakan FB jika ingin bertanya mengenai masalah ’dalam kain dan seluar’ seeloknya ajukanlah soalan itu ke dalam inbox FB saya.

Ini kerana apabila saya menjawab soalan yang kedengaran ‘pelik’, ada yang tidak segan memberi komen negatif. Baru-baru ini saya memberitahu dalam wall FB bahawa ada lelaki yang tidak dapat menghamilkan isterinya kerana air maninya bukan dipancutkan ke vagina isterinya, tetapi terpancut ke dalam pundi kencingnya. Keadaan ini dinamakan sebagai retrograde ejaculation.
Ada rakan FB yang tertawa sinis apabila memberi komen.

Awak tahu kah air mani bagaimana yang dikatakan normal?” saya menjawab dalam chatting box apabila ada yang bertanya tentang air mani.
”Air mani? Air mazi? …” Semestinya bukan air kencing. Letih melayan loyar buruk.

Air mani atau dinamakan semen ialah campuran air yang keluar dari kelenjar reproduksi lelaki bersama sperma. Sperma pula benih lelaki yang keluar dari testis dan bergerak melalui epididymis.
World Health Organisation (WHO) telah menetapkan beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani itu sihat.
  1. Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml),
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Total sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 40 juta.
  4. Sekurang-kurangnya 60 % dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang dari 50% sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang)
  7. Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan

Doktor saya malu hendak bertanyakan ini. Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan doktor menyatakan bahawa isteri saya normal. Saya yang mengalami masalah sperma yang kurang. Bantulahlah saya” rayu seorang peminat blog saya.

Saya akui lelaki sememangnya ego dalam isu kesuburan. Lelaki yang tidak subur dianggap dayus, padahal perkataan dayus itu amat berbeza maknanya.
Dewan bahasa dan Pustaka memberi definisi dayus sebagai ”hina dan keji (sifat atau perbuatan):eg hanya laki-laki dayus sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dengan jalan tidak halal; tidak bertanggungjawab”

Lelaki memang bimbang jika gagal memuaskan isteri secara hubungan seksual dan amat terguris egonya jika tidak dapat menghamilkannya. Nasihat saya, jangan cepat membakar ego sendiri. Ini musibah dan ujian yang Allah berikan. Carilah penawarnya.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah sperma, banyak cara yang boleh diusahakan. Jika usia masih muda dan mahu merawat secara konsevatif dengan ubat-ubatan dan supplement, saya amat mencadangkan agar mencuba CoQ10.

CoQ10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada di dalam mitochondrion. Ia menghasilkan ATP, iaitu molekul yang menghasilkan tenaga. Oleh itu, Coenzyme Q-10 (CoQ-10) adalah ibarat vitamin. Ia boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai tenaga yang banyak seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas.

Dalam Journal Urology 2009 Jul;182(1):237-48., satu kajian yang dilakukan di Urology and Nephrology Research Center, Shahid Beheshti University, Tehran, Iran menyatakan keberkesanan Coenzyme Q-10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Dalam kajian pesakit idiopathic oligoasthenoteratospermia iaitu masalah bilangan sperma yang kurang sihat, seramai 212 orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan.Satu kumpulan seramai 106 orang menerima sebanyak 300 mg Coenzyme Q10 setiap hari selama 30 minggu, dan seramai 106 orang lagi menerima placebo.

Keputusannya mendapati lelaki yang mengamalkan Coenzyme Q10 sebanyak 300 mg setiap hari selama 30 minggu, kualiti air maninya iaitu bilangan spermanya bertambah. Bilangan sperma yang mempunyai pergerakan aktif juga bertambah.

Pakar saintis memberikan teori bahawa Coenzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke telur ovum. Namun perkara ini perlu diberikan masa yang lebih untuk kajian yang lebih tepat. Namun tiada kesan sampingan yang merbahaya.

Satu lagi kajian dilakukan di Itali. Menurut Dr Giancarlo Balercia, MD, dari University of Ancona di Itali yang melakukan kajian itu berpendapat ada kesan positif dengan pengambilan CoQ10 yang bertindak sebagai pembekal tenaga di dalam stuktur mitochondrial pada sperma selain dari bertindak sebagai antioxidant.

Kajian ringkas itu yang dilakukan olehnya mendapati bahawa pengambilan CoQ10 telah menyebabkan kehamilan pada 13.6% pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh faktor lelaki setelah menggunakannya selama tiga bulan.

Ibarat ‘tiada rotan, akar berguna’, supplement Coenzyme Q10 boleh dicuba bagi yang mempunyai masalah sperma. Walaupun banyak kajian yang perlu dibuat untuk membuktinya, namun ia berbaloi untuk dicuba. Dosnya ialah 300mg selama 30 minggu.

Allahu a’lam.


---------------------------------------------------
Hubungi Saya dengan sms ke 019 9395726 atau email mycutegirl284@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai produk.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...