Showing posts with label kesuburan. Show all posts
Showing posts with label kesuburan. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

CoQ10 Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.

Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan  sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat

CoQ10 dan Kesuburan Wanita

CoQHealth Plus adalah suplemen yang mengandungi CoQ10, sejenis Koenzim.
Ia adalah sebahagian daripada elemen kesuburan wanita. Tahukah anda
bahawa apabila seseorang bayi perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...