skip to main |
skip to sidebar
ALFALFA sudah dikenali sejak berzaman sebagai galactagogue, di negara2 Barat.
Menurut kellymom.com, daun alfalfa yang diambil bersama Lactuca Virosa (sejenis
kubis liar) dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu antara 50-100%.
Walau
bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan
yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa,
wanita muda, lelaki dan warga emas.
Alfalfa cambah (alfalfa sprout) boleh
didapati di pasaraya2 dan kadangkala dicampur dalam salad. Batangnya halus
dan daunnya kecil. Boleh dimasak dan dicampur dalam sayur. Resepi memasak
alfalfa sprout KLIK DI SINI.
Hari
ni aku nak cerita tentang Alfalfa. Alfalfa ni apa.. utk org perempuan je
ke. Eh tak yer.. ia sesuai utk lelaki dan wanita. Tahukah korang yang Alfalfa
ni raja segala tumbuhan. Alfalfa
merupakan pusat
pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam
meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di
dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses
fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi
vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.