Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan
merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane
dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative
stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif
dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.
Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan
keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya
dengan CoQ10 adalah amat digalakkan sebagai salah satu usaha untuk
membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat



